Thursday, December 18, 2008
Wednesday, November 26, 2008
Perencanaan Orang Kalah
Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU 12) pada 8 Mac 2008 telah berlalu. Pilihanraya seterusnya PRU 13 dijangka pada 2012 atau 2013. Kalau nak memendekkan tempoh lima kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah 2012 mungkin dipilih tetapi jika ternampak “ong” angka 13 mungkin 2013 jadi pilihan. Walau apapun Empat Nombor itu, perencanaan dan perancangan orang menang dan orang kalah sudah berjalan! Yang menang berhasrat terus menang. Yang kalah pastinya berhasrat mengalah, menyalah dan melelahkan orang yang dulunya menang! Siang malam duk merencanakan apakah strategi seterusnya dan seterusnya. Rakyat marhaen dan akar umbi menjadi sasaran dan tawaran. Siap engkau! Siapa suruh pilih dia dulu? Kali ini kalau aku menang siap engkau! Itulah politik dendam. Benarkah begitu? Kalau ditanya bodohlah kalau dijawab iya. Jawapannya pastilah, kami tidak berdendam! Suasana begini lebih menakutkan rakyat marhaen. Mereka takut sepertimana anak-anak takutkan hantu. Pilihan Raya bertukar menjadi Pilih Hantu Raya. Maka akan timbullah isu pemilih atau pengundi-pengundi Hantu atau pengundi-pengundi yang diHantukan ke awang-awangan tanpa tahu di mana dia patut mengundi! Jasad di Pantai barat, roh di Pantai Timur. Golongan manakah yang nampak lebih cenderung melakukan politik dendam mendendam ini? Rakyat marhaen akan menjauhi golongan ini. Golongan ini mesti terus dibenam dalam lumpur politik kotor yang dimainkannya. Peluang bertapak semula atau membina kembali batu loncatan kekuasaan tidak seharusnya diberikan. Buatlah pilihan yang sebijaknya. Wallahu ‘alam.Sunday, November 23, 2008
Yang Menjolok Mata, Telinga dan Minda
Betapa efisiennya sesebuah organisasi khususnya pihak berkuasa atau penguatkuasa dalam bertindak menangani sesuatu kes kadang-kadang boleh disalah-anggap oleh pihak-pihak terbabit. Apa tidaknya jika melibatkan kumpulan lain, tindakan tidak seefisien tindakan terhadap kumpulan yang satu lagi. Kesimpulannya terdapat “tindakan terpilih”. Inilah yang menjolok mata, menjolok telinga dan menjolok intelektualism minda apatah lagi jika organisasi itu sepatutnya mempunyai integriti yang tinggi dalam masyarakat — sepatutnya! Apakah agenda yang hendak dimainkan pihak-pihak terbabit? Wallahu ‘alam.Wednesday, November 19, 2008
Ahli Parlimen Kuantan
Hajah Fuziah Salleh dilahirkan pada 13 Julai 1959, di negeri Johor tetapi dibesarkan di Pahang. Beliau menerima pendidikan awal dan menengah di Kuantan. Selepas mendapat keputusan MCE, beliau telah melanjutkan pelajarannya di United Kingdom untuk pengajian ‘A’ Levels di St Anne’s. Selepas selesai pengajian dalam bidang Psikologi Kaunseling di University of Reading, United Kingdom, beliau berjaya mendapat sarjana pengurusan bisnes (MBA) dari University of Wales, United Kingdom
Ketika ini, Fuziah ialah seorang jurulatih dan perunding korporat untuk syarikat multinasional dan institusi korporat dan juga NGO dalam bidang pembangunan manusia dan pemberdayaan wanita. Di peringkat awal pembabitan beliau dalam masyarakat ialah bila beliau aktif dalam badan-badan bukan kerajaan. Di United Kingdom, beliau telah mengetuai sebuah persatuan remaja, The Young Muslims UK (1988-1992) yang ahli-ahli mereka ialah para remaja yang berbeza bangsa di UK.
Sekembalinya beliau ke Malaysia, beliau memberi tumpuan di sebuah badan bukan kerajaan, Jamaah Islah Malaysia sebagai Ketua Wanita (1993-1999). Pandangan kritikal beliau seringkali dirujuk oleh ramai wartawan dalam isu-isu berkaitan dengan wanita. Fuziah juga ialah ahli Majlis Tertinggi NCWO dari tahun 1995 hingga 1999.
Dengan pengalaman beliau dalam kaunseling dengan berbagai kumpulan remaja, pelajar, pasangan yang berkahwin dan wanita yang terlibat dalam Keganasan Rumahtangga di United Kingdom dan juga di Malaysia, beliau telah menjadi kaunselor di sebuah institusi kerajaan negeri dan telah bertanggungjawab menubuhkan sebuah unit kaunseling, yang dinamakan Unit Kaunseling Islah JIM, (1993) di mana kemudiannya beliau menjadi penasihat dan jurulatih para sukarelawan di unit tersebut. Pengalaman beliau yang luas telah terbukti berharga dalam membantu ahli-ahli masyarakat. Satu lagi sumbangan beliau dalam merintis tempat perlindungan untuk para remaja, Raudhatus Sakinah, yang sehingga kini sudah mencapai dekad pertamanya.
Beliau telah berkahwin dengan Dr Russly bin Abd Rahman dan dikurniakan 6 orang anak; sekarang sudah mendapat 3 orang cucu. Beliau telah menyandang jawatan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Malaysia (keADIL an) selama dua penggal. Kini menjadi Pengarah Latihan, Timbalan Pengarah dalam Biro Pilihanraya Nasional KeADILan dan ahli MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi) parti.
Perancangan Bandar
Kuantan yang mungkin suatu hari nanti menjadi Bandaraya Palma (Palma Jaya) tidak terlepas daripada melakukan pelbagai perubahan. Baik yang berbentuk infrastruktur atau prasarana termasuk anjakan paradigma warga kotanya. Sementelahan itu, para perunding perancangan bandar perlu lebih prihatin dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan. Sikap unilateral perlu dihindari lantaran ia mengundang ketidakpuasan hati warga kota. Pendapat dan pandangan semua pihak perlu diperhalusi. Dalam infrastruktur perhubungan, jalan-jalan yang perlu dinaiktaraf harus disegerakan. Kemelut ekonomi yang dihadapi oleh dunia di peringkat lokal dan global tidak seharusnya membantutkan pertumbuhan ekonomi setempat. Semua infrastruktur perlulah mesra pengguna tanpa menjejaskan keberkesanan penggunaannya. Bukan apa! Apa yang nak saya katakan tunjuk arah jalan kalau perlu guna dua anak panah, gunakanlah! Jangan yang nak ke kanan sahaja. Yang nak terus ke depan bila termasuk lorong yang salah mengundang tindakan saman yang tidak sepatutnya! Wallahu ‘alam.Nasionalisme dan Perkauman
Dalam bahasa moden dikenali sebagai nasionalisme dan bahasa kasarnya perkauman. Perkauman itu mungkin lebih menjurus kepada ciri-ciri negatif chauvanisme seperti perasaan benci, curiga dan prejudis kepada kaum selain kita. Nasionalisme bunyinya lebih lunak dan dihubungkaitkan dengan patriotisme. Hadith yang mafhumnya: “Kecintaan kepada kaum itu sebahagian daripada iman.” sering dijadikan modal benteng hadapan perjuangan nasionalisme. Namun usaha menjadikannya sebagai satu-satunya alasan untuk memartabatkan nasionalisme cahuvanisme mungkin kurang tepat. Nasionalisme chauvanisme pragmatisme lebih bersifat taqlid melulu tanpa memberi ruang kepada tertegaknya kebenaran. Yang benar tetap benar, begitu juga yang bathil. Berani kerana benar mungkin sekadar andaian sempit peribadi. Mempertahankan sesuatu yang salah atas dasar “kelompok kita” itulah nasionalisme chauvanis. Ia bukan daripada sirah perjuangan . Sirah perjuangan ialah memperjuangkan keadilan. Keadilan itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan 50-50 atau 70-30. Wallahu ‘alam.Tuesday, November 18, 2008
Physiological Violence
Ada seorang penulis berbangsa Mesir murtad meninggalkan Islam atas alasan Islam adalah agama yang mencetuskan “keganasan fisiologi” - physiological violence. Di negara di mana gahnya Universiti Al-Azhar gejala seumpama ini tetap berlaku. Ia bukan ukuran kesolehan umatnya. Tidak dinafikan dalam Islam telah berlaku insiden hasil “physiological violence” seperti yang terjadi kepada anakanda Rasulullah saw iaitu Siti Fatimah r.a. Beliau meminta ayahandanya mendapatkan seorang pembantu baginya supaya memudahkan kerja-kerja rumahnya seperti mengisar tepung dsbnya. Rasulullah memerintahkan batu kisar tepung berjalan dengan sendiri untuk seketika kemudian baginda bersabda mafhumnya: “Jika aku mahu nescaya batu kisar itu akan berpusing dengan sendiri untuk selama-lamanya.” Akan tetapi itu tidak berlaku kerana baginda mahu “physiological violence” yang dialami anaknya sewajarnya diterima dengan redha lantaran janji Allah swt akan nikmat syurga itu lebih kekal abadi… Wallahu ‘alam.